Kerjaya dan politik Abang_Johari_Tun_Openg

Sebelum tertabit dalam arena politik, beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS) di Bahagian Perhubungan Korporat.

Beliau mula aktif dalam politik pada tahun 1977. Semasa menjadi Menteri Perindustrian dan Insfrastruktur Negeri, kadar pelaburan di Sarawak meningkat kepada lebih 10 bilion setahun. Anak bongsu kepada Tun Abang Haji Openg, atau Sri Abang, bukan sahaja dikagumi oleh kebanyakan masyarakat Melayu, malahan amat disenangi oleh para pelabur asing dan tempatan.

Selepas pilihan raya negeri yang ke-8 pada tahun 2001, beliau sekali lagi diberi kepercayaan sebagai Menteri Pelancongan Negeri sehingga rombakan kabinet negeri besar-besaran pada tahun 2004 yang memaksa beliau untuk bertukar ke portfolio Perumahan Sarawak. Tidak seperti ahli Dewan Undangan Negeri yang lain di Sarawak beliau amat gigih dalam mempertahankan nasib pengundi-pengundi beliau di N.6 Satok.

Pada Pilihan raya edisi kesembilan 2006, beliau yang mewakili Parti Pesaka Bumiputra Bersatu di atas tiket Barisan Nasional sekali lagi mempertahankan Kerusi N8 Satok dengan majoriti 2798 undi mengalahkan lawannya Mohamad Jolhi daripada Parti Keadilan Rakyat.

Abang Johari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Satok yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam politik, merupakan seorang daripada tiga timbalan ketua menteri di bawah pentadbiran Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Hj Adenan Satem, selain Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Dr James Jemut Masing.

Beliau kini menyandang jawatan Menteri Perumahan dan Urbanisasi, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS).

Berkaitan